Monday, 21 May 2012
SELAMAT DATANG BULAN YANG PENUH KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN, DOAKAN AGAR KITA SEMPAT DENGANNYA:
Hari ini (Selasa) bermula 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5
malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah
malam 1 Rejab.
Jadi, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita,
memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan
dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.
Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul
Istighfar" bermula dari malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan
Istighfar.
Selain itu, kita boleh lakukan puasa di bulan Rejab yang memang banyak ganjarannya.....Jom kita lihat apa ganjaran yang Allah telah janjikan
Jadi, marilah kita bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak
mungkin di samping solat-solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta
selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada
azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment